Khamis, 28 Mac 2013

Pembukaan Istanbul (Pembukaan Agung)


  • Kota Constantinople pada era Byzantine

     Peta wilayah timur Mediterranean pada 1450

     Peta wilayah timur Mediterranean pada 1450 (versi Arab)
  • Sultan Muhammad 2 telah membina sebuah kubu (dikenali sebagai "Rumeli Hisari") di Selat Bosforus untuk menghalang bekalan-bekalan sampai ke Konstantinapol dari kerajaan Trabzon. 


  • Peta Rumeli Hisari

    Pemandangan Selat Bosforus dari Rumeli Hisari

     Pemandangan Rumeli Hisari dari Selat Bosforus

     Pemandangan Rumeli Hisari dari Selat Bosforus dari jarak dekat. Kelihatan Menara Halil Pasha

     Pemandangan bahagian Asia dari Turki dari Rumeli Hisari. Kelihatan Menara Halil Pasha dan Jambatan al-Fatih.

  • Apabila hal ini sampai kepada Maharaja Baizantin, Constantine XI(60) Palaiologos, dia telah menghantar utusan kepada baginda bagi mengajukan kesediaannya membayar jizyah kepada baginda dengan syarat baginda tidak membina kubu tersebut.
  • Kepungan al-Fatih dan bala tenteranya terhadap kota Constantinople. Pasukan tentera infantri terdiri daripada pasukan utama yang dipimpin sendiri oleh al-Fatih dan pasukan kedua oleh Zaganos Pasha, manakala pasukan armada laut diketuai oleh Hamza Bey.

    • Sultan Muhammad 2 telah mengepung bandar tersebut pada tahun 1453 dari arah  daratan dengan kekuatan tentera mencecah 250,000 orang tentera manakala dari arah laut, satu armada kapal perang daripada 180 buah kapal.
    • Baginda juga telah meletakkan sekitar bandar tersebut, 14 buah pencucuh artileri yang diletakkan padanya meriam gergasi sepanjang 80 hasta (36.576m) yang mampu melancarkan batu seberat sepuluh paun (25 kg) dengan jarak satu batu. 
    • Salah seorang ahli sejarah Rom Timur menyatakan bahawa berat batu 300 kg dan jarak tembakan lebih dari 1 batu dan menggerakkannya memerlukan 700 orang lelaki.
     Bola batu seberat 300 kg


    Meriam Dardanelles: adalah senjata pengepungan sejak sejurus selepas kejatuhan Constantinople pada 1453. Ia dicetak dalam gangsa dan telah dibuat dalam dua bahagian: laras yang memegang tembakan dan ruang yang memegang pembakaran. Dua bahagian skru bersama-sama dan terdapat cincin soket di hujung setiap bahagian, ini diambil tuil untuk memudahkan 2 bahagian ini dipasang dan dibuka. .

    Panjang keseluruhan adalah 5.2 m dan ia berat 16,8 tan metrik. Ia menembak bola batu kira-kira 300 kg beberapa 1600 m. Kadar kebakaran adalah sangat perlahan - kira-kira 15 pusingan setiap hari.
  • Maharaja Constantine XI Palaiologos berasa terancam dan meminta bantuan daripada raja-raja Eropah. Mereka menghantar armada laut kepadanya bagi memecahkan kepungan dari kota Constantinople kerana mereka mengetahui bahawa kota itu mempunyai 3 lapis tembok yang tidak mungkin ditembusi kecuali daripada sebelah teluk di mana ia mempunyai hanya satu lapis tembok. 
  • Armada laut bantuan kepada Rom Timur dari Genoa, Itali di bawah Komander Justiniani yang datang dari arah laut dan cuba untuk memasuki pelabuhan Constantinople maka ia telah ditentang oleh kapal-kapal laut Usmaniyyah dan telah berlaku peperangan sengit antara mereka pada 11.4.857 hijrah bersamaan 21.4.1453.
  • Ia berakhir dengan kemenangan Justiniani dan pasukannya memasuki kota selepas tentera Constantinople menaikkan rantai besi yang dipasang untuk menghalang kapal-kapal Usmaniyyah daripada sampai kepada mereka, kemudian rantai itu dikembalikan seperti asal selepas Justiniani dan pasukannya melepasinya.
    • Selepas itu, Sultan memikirkan jalan memasukkan kapal-kapalnya ke pelabuhan Constantinople untuk menyempurnakan kepungan darat dan laut maka terlintas di fikirannya idea ganjil iaitu memindahkan kapal-kapal laut di atas daratan untuk melepasi rantai besi yang dipasang untuk menghalang mereka. 
    • Idea ganjil ini disempurnakan dengan membuka jalan di atas darat, yang telah berbeza pendapat tentang jaraknya dan pendapat yang kuat mengatakan jaraknya adalah 2 farsakh (6 batu) dan timbunan kayu dicurahkan minyak dan lemak supaya memudahkan gelongsor kapal-kapal di atasnya.


  • Gambaran pelukis bagaimana al-Fatih memantau usaha penarikan kapal-kapal perangnya
    • Dengan cara ini, dapatlah dipindahkan sebanyak 70 buah kapal pada satu malam sehingga ketika siang menjelma dan orang yang terkepung melihatnya, mereka berasa yakin tidak dapat dielakkan kemenangan tentera Usmaniyyah ke atas mereka tetapi ia tidak melemahkan semangat mereka bahkan telah menambah sifat agresif dan berazam untuk mempertahankan tanahair mereka hingga mati.
    • Pada tanggal 15.5.857 Hijrah bersamaan 24 Mei 1453, Sultan Muhammad telah menghantar (wakil) kepada Maharaja Rom Constantine XI Palaiologos memberitahunya bahawasanya jika dia menyerahkan negara itu kepadanya secara sukarela, baginda berjanji kepadanya dengan tidak mengusik kebebasan ahlinya atau harta benda mereka dan akan memberinya Kepulauan Crete tetapi dia tidak menerima usul itu bahkan memilih kematian ke atas penyerahan kota.
    • Ketika itu, Sultan memberi peringatan kepada tenteranya agar bersiap sedia untuk serangan besar-besaran pada 20 Jamadil Awwal 857 hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan baginda telah menjanjikan kepada tenteranya dengan ganjaran apabila kemenangan telah disempurnakan dan membahagikan mereka tanah yang banyak.
    • Pada malam sebelum hari dijanjikan (serangan), tentera Usmaniyyah telah menyalakan lampu di depan khemah-khemah mereka untuk meraikan kemenangan yang pasti bagi mereka dan berterusan sepanjang malam mereka bertahlil dan bertakbir sehingga apabila menjelang fajar, telah dikeluarkan kepada mereka arahan menyerang.
Pedang al-Fatih
  • Maka 150 ribu orang tentera telah menyerang dan memanjat tembok kota sehingga memasuki bandar dari segenap penjuru dan menghunus pedang pada sesiapa yang menentang mereka.



Tembok kota yang telah diperbaiki
  • Mereka telah memasuki Gereja St. Sophia di mana Ketua Paderi sedang berdoa dan bersama-samanya sebilangan besar penduduk kota.
Keratan rentas Gereja St. Sophia
  • Ketua Paderi keluar dari gereja dan dia menyempurnakan doanya yang terputus ketika tentera Usmaniyyah memasukinya ketika pembukaan. Telah mencatat sebahagian mereka kemenangan nyata ini  (negara yang baik) pada tahun 857 Hijrah dan dinamakan bandar sebagai “Islambul” iaitu di bawah Islam atau bandar Islam.
  • Adapun Maharaja Rom telah berperang sehingga terbunuh dalam mempertahankan tanahairnya dan selepas dibuka , ia dijadikan sebagai ibu negara dan akan kekal begitu.
  • Perlu diperingatkan bahawa tentera Islam telah mengepung kota ini sebanyak 11 kali sebelum ini, 7 daripadanya ketika 2 kurun Islam yang pertama.
  • Kemudian sempurna kemasukan Sultan ke dalam bandar pada waktu Zohor maka baginda dapati tentera sibuk dengan rampasan dan penggeledahan dan lain-lain maka baginda telah mengeluarkan perintah menghalang segala kekerasan, maka keamanan menguasai serta merta.


Gambaran pelukis suasana ketika al-Fatih memasuki kota Constantinople
  • Kemudian baginda memenziarahi Gereja St. Sophia dan mengizinkan solat di dalamnya secara warta dengan menjadikannya sebagai masjid besar bagi umat Islam.
Hadis Nabi saw yang memberitahu pembukaan kota  Constantinople di pasang pada dinding Masjid Aya Sophia

  • Maka selepas sempurna pembukaan, baginda telah mengumumkan pada segenap penjuru bahawasanya tidak dihalang mendirikan syiar agama Nasrani bahkan dijamin bagi mereka kebebasan beragama dan keselamatan harta mereka. Maka pulanglah sebahagian mereka yang telah berpindah dan memberikan mereka separuh ruang gereja dan menjadikan separuh lain sebagai masjid.
  • Kemudian baginda mengumpulkan ketua-ketua agama nasrani untuk memilih ketua paderi. Maka mereka telah memilih George Scolaris.
  • Sultan telah berpegang dengan keputusan pemilihan ini dan menjadikannya ketua bagi minoriti Rom dan meraikan perlantikannya dengan kemegahan dan peraturan yang sama sebagaimana yang diamalkan oleh paderi-paderi pada zaman Maharaja Rom Nasrani.
  • Sultan telah memberinya pengawal dari Unit Janissari dan memberinya hak penghakiman dalam kes-kes sivil dan jenayah dengan semua jenisnya yang berkaitan dengan orang Rom dan telah dilantik juga bersamanya sebuah majlis yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama gereja dan hak ini telah diberikan di wilayah kepada para paderi. Sebagai balasan pemberian ini, mereka perlu membayar kharaj terkecuali ketua-ketua agama sahaja.
  • Semasa peperangan, para pejuang telah menemui kubur sahabat besar Abu Ayyub al-Ansari yang telah syahid pada 52 hijrah ketika mengepung Constantinople di zaman Khalifah Muawiyyah Abu Sufian r.a.
  • Selepas pembukaan, Sultan telah membina sebuah masjid di sekitar kuburnya dan menjadikan tradisi Usmaniyyah bahawa semua sultan ketika perlantikannya membawa pedang “al-Ghazi” Usman 1 di masjid ini dan kekal tradisi ini sehingga berakhir Daulah Usmaniyyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan