Isnin, 25 Mac 2013

Pelajaran pertama : Asal usul bangsa Turki



1. Pengenalan bangsa Turki.


  1. Bangsa Turki adalah dianggap salah satu daripada bangsa-bangsa yang terbesar dan terkenal di Asia.
  2. Mereka adalah sebahagian daripada bangsa Turan. 1 Mereka juga menyerupai penampilan bangsa Cina, Tibet dan Jepun.
  3. Walaupun berlaku percampuran mereka dengan bangsa-bangsa lain, telah lahir suatu bangsa yang tidak menyerupai bangsa Monggol mahupun Cina.
  4. Puak Ghaz 2  (yang dikenali sebagai Turki) telah mendiami kawasan "di balik sungai" (sekarang ia dinamakan 'Turkistan 3 ') . Perkataaan itu terdiri daripada dua perkataan "Turki" dan "Stan", bermaksud "tanah Turki". ) 
  5. Turkistan meliputi dataran tinggi Mongolia dan utara China di timur ke Laut Kaspia (Laut Kaspia) di barat  dan daripada dataran Siberia di utara sehingga sub-benua India dan Parsi di selatan.  

Peta Turkistan dengan sempadan negara-negara moden.

Peta Turkistan timur (Xinjiang)

Nota kaki:

1 Nama rantau tanah tinggi di tenggara Turki.
2 Oghuz
3 Terbahagi kepada Turkistan Barat dan Timur (Wilayah Xinjing, di China).
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan